Kelab Almotahida

Kelab Bahasa Arab Almotahida

Assalamualaikum kaifa hal ya jamaah?

Kelab Bahasa Arab Almotahida merupakan satu kelab/persatuan yang akan menghimpunkan pelajar khususnya pada peringkat universiti dalam satu naungan kendalian oleh pihak Almotahida Education Group Malaysia. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan bersama para pelajar yang menyertai Kelab Bahasa Arab Almotahida dan aktiviti-aktiviti tersebut bakal membabitkan pendidikan bahasa, budaya dan adat tradisi bangsa Arab.

Sudah menjadi satu permasalahan yang sangat ketara dalam pelajar bahasa Arab di Malaysia iaitu kurangnya bi’aah’ Arab di sini. Pihak kami kini sudahpun menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia mempelajari, mengenali dan mendalami bangsa Arab di negara kita sendiri.

Apa yang ditunggu lagi, sila daftar sekarang dan usahlah risau. Masuk adalah percuma! Jumpa nanti semua