Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab

Ijazah Sarjana Muda
Bahasa Arab untuk Bukan Penutur Asli

Program Antarabangsa / Fakulti Sastera

Program ini akan menghasilkan tenaga mahir dalam kalangan pelajar Bahasa Arab bukan penutur asli yang mampu berurusan dengan individu dan organisasi berkaitan pembelajaran Bahasa Arab dan menyediakan pelajar dengan kemahiran asas untuk tujuan tersebut dengan tahap professionalisme yang tinggi serta kemahiran yang relevan untuk keperluan pasaran kerja.

Kenapa Sarjana Muda Bahasa Arab untuk Bukan Penutur Asli?
1. Peningkatan permintaan global untuk mempelajari bahasa Arab dalam kalangan bukan penutur asli dalam pelbagai sektor; politik, diplomasi, ekonomi, agama, budaya, pendidikan, pelancongan, komunikasi dan lain-lain.
2. Menyampaikan bahasa Arab dengan cara yang berkualiti, berkesan dan menarik supaya pembelajaran dapat diterima.
3. Komunikasi budaya dan tamadun antara orang Arab dan orang dari budaya global yang lain.
4. Bertukar pengetahuan bermanfaat dengan orang budaya lain yang mempelajari bahasa Arab.
5. Menyatukan pandangan di semua peringkat dan memperbaharui budaya Arab dan Islam bersama budaya lain dalam bentuk sederhana dan bertolak-ansur.

Apakah hasil program ini?
1. Memperkasakan pelajar dengan kemahiran bahasa Arab dan sastera untuk bukan penutur asli agar mereka menyesuaikannya dalam pasaran kerja tempatan, di negara Arab dan juga antarabangsa.
2. Memperkasakan pelajar dalam menggunakan kemahiran elektronik moden yang digunakan di dalam bidang bahasa Arab dan sastera untuk bukan penutur Arab.
3. Memperkuatkan kemahiran perhubungan, komunikasi dan kepimpinan dalam diri pelajar.
4. Menguatkan komunikasi budaya dengan tamadun lain dan memindahkan apa yang sesuai dari budaya tempatan.
5. Menguatkan pemahaman dan penghayatan sastera.
6. Memperolehi kemahiran memahami, menganalisis, menilai, menerima, bertindak balas, menyusun, membentuk dan menunjukkan sikap terhadap sesuatu.

Apakah peluang pekerjaan untuk graduan?
1. Pengajar di sekolah-sekolah awam atau swasta.
2. Pengajar di organisasi atau pusat pendidikan bahasa Arab.
3. Pengacara radio, televisyen dan media sosial yang lain.
4. Penyunting bahasa di pelbagai organisasi.
5. Penyelidik di pusat-pusat terjemahan dan penyelidikan.
6. Pusat terjemahan lisan dan bertulis.
7. Peluang yang baik untuk bekerja di sekolah digital dan platform pendidikan bahasa Arab untuk bukan penutur asli.

Apakah syarat kemasukan?
Program ini menerima sesiapa sahaja yang telah menamatkan pengajian peringkat menengah mengikut sistem kemasukan dan pendaftaran yang berkuat kuasa di Universiti Terbuka AlQuds.

Berapakah jam kredit dan jumlah bayaran untuk program ini?

Setiap pelajar dikehendaki menghabiskan sebanyak 129 jam kredit
. Bayaran jam kredit adalah sebanyak 60 Dolar Amerika. Bayaran pendaftaran kali pertama adalah sebanyak 100 Dolar Amerika.

Bagaimanakah mekanisme bayaran yuran?

Melalui nombor akaun Universiti Terbuka AlQuds atau melalui gerbang pembayaran elektronik yang terdapat di dalam platform Hawwaz.

Kenapa secara atas talian melalui platform Hawwaz?

1.
Keperluan mendesak untuk menyediakan program elektronik yang komprehensif dan bersepadu bagi pengajaran bahasa Arab untuk bukan penutur asli, yang menawarkan siri pembelajaran yang moden dengan ujian penilaiannya, dalam pelantar elektronik yang berdasarkan kepada pembelajaran kendiri dan secara atas talian, dan memenuhi keperluan pelajar pelbagai peringkat dari permulaan sehingga peringkat mahir.
2.
Mengisi kekurangan dalam kalangan graduan institusi bahasa Arab tradisional, iaitu dengan berpandukan pembelajaran elektronik, melalui peranan teknologi dalam pengajaran bahasa Arab yang dipelajari secara atas talian.
3.
Platform Hawwaz menyediakan perkhidmatannya dengan kemampuan yang hebat, ciri teknikal yang baik dan juga sokongan teknikal, dan menyediakan fungsi lainnya antaranya:
Sistem pengurusan pembelajaranelektronik sistem program pembelajaran kendiri, kuliah secara langsung, sistem ujian elektronik dan bank soalan,  kedai buku elektronik dan penerbitan digital akses kepada perpustakaan digital Arab AskZad.

Program ini mengandungi perkhidmatan untuk tujuan latihan praktikal dan aplikasi, termasuklah:

1.
Sekolah digital antarabangsa Bareq untuk pengajaran bahasa Arab untuk bukan penutur asli.
2.
Platform Kalemon digital dan siri Kalemon antarabangsa untuk pengajaran kepada dewasa dan kanakkanak.
3.
Program ensiklopedia Bahasa Arab untuk Kehidupan yang merupakan program pertama dengan beberapa bahasa iaitu dari bahasa Arab ke bahasabahasa lain.
4.
Pangkalan data bahasa Arab AskZad.
5.
Kampung Bahasa Digital, projek pertama seumpamanya untuk menyampaikan Bahasa Arab kepada bukan penutur asli.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung dengan kami.