Bareq: Sebuah Platform Atas Talian Bahasa Arab buat Semua

Bareq merupakan sebuah platform pembelajaran Bahasa Arab buat penutur bahasa-bahasa lain. Platform pembelajaran atas talian ini dibintangi oleh dua karakter penting iaitu Bareq dan Majid. Karakter-karakter ini mampu berubah bentuk mengikut situasi dan keadaan bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih efektif dan berkesan.  

“Bareq” juga menyediakan pakej lengkap buat penutur bahasa lain untuk menguasai Bahasa Arab dengan mempraktikkan empat kemahiran bahasa yang penting iaitu; kemahiran mendengar, bercakap, membaca dan menulis.