Apa itu AskZad?

AskZad adalah rakan penyelidikan terbaik anda untuk judul-judul dalam Bahasa Arab. Sebagai sebuah perpustakaan digital Arab terbesar, carian AskZad menawarkan sumber kajian dari 30 subjek berkaitan Sains Sosial, Sains Gunaan dan Sains Tulen dalam bahasa Arab. AskZad juga menawarkan sumber-sumber terpilih dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan lain-lain.

Apakah kandungan AskZad?  

Pangkalan data AskZad mengandungi lebih 40,000 ebuku, 266,000 tesis, 1,000,000 artikel daripada 3200 jurnal, 15,000 kajian peer-reviewed, 25,000 artikel daripada 1,400 konferens dan banyak lagi!