العربية للحياة

برنامج العربية للحياة 

برنامج تعليمي يمكن المتعلم من التواصل باللغة العربية في مواقف الحياة اليومية والعامة، من خلال تقديم حوارات ومفردات وتعبيرات لغوية وثقافية مدعومة بصور معبرة ومترجمة إلى لغة المتعلم، تساعده على اكتساب تلك المفردات والتعبيرات المناسبة للمواقف التواصلية المختلفة

Program Bahasa Arab untuk Kehidupan Seharian

Program pembelajaran yang membolehkan para pelajar berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian dan awam. Program ini menyediakan pelbagai dialog perbualan, pembendaharaan kata dan ungkapan-ungkapan pujangga yang disertakan dengan ekspresi gambar dan diterjemahkan kepada bahasa pelajar. Program ini akan membantu para pelajar memperoleh kosa kata dan ungkapan yang bersesuain dengan tempat serta keadaan komunikasi yang berbeza-beza.

مكونات البرنامج

كتاب الطالب

يشمل موضوعات وحوارات ذي خلفية ثقافية عربية من الحياة اليومية والعامة لتعميق معرفة المتعلم بثقافة اللغة وتمكينه من التواصل بها

كتاب التدريبات

يهدف إلى تدريب المتعلم على مهارات اللغة وتطبيق ما تعلمه في كل درس من خلال مجموعة من الأسئلة والتدريبات، بالإضافة إلى اختبار في نهاية كل وحدة

دليل المعلم

يرشد المعلم إلى الاستراتيجيات الحديثة لتدريس القاموس، والتي تناسب المحتوى اللغوي والثقافي انطلاقًا من الهدف التواصلي للقاموس

Komponen Program

Buku Teori

Buku ini dilengkapi dengan pelbagai topik dan dialog perbualan yang berlatar belakangkan budaya Arab dari aspek kehidupan seharian mereka dan masyarakat umum bagi memperkasa pengetahuan para pelajar tentang budaya bangsa Arab dan membolehkan mereka berinteraksi dengan penutur bahasa Arab.

Buku Latihan

Buku ini bertujuan untuk melatih para pelajar tentang kemahiran-kemahiran bahasa dan mengaplikasikan apa yang dipelajari mereka dalam setiap pembelajaran melalui satu set soalan dan latihan, di samping ujian pada akhir setiap unit.

Buku Panduan Guru

Buku ini membimbing guru-guru akan strategi moden untuk mengajar kamus, bersesuaian dengan kandungan linguistik dan budaya berdasarkan objektif komunikatif kamus.

Cuba dengan percuma

Beli Kamus Di Sini