احكي عربي مع المتحدة @ Universiti Malaya

Program Ehkee Ma’a Al-Motahida dianjurkan untuk memberi pendedahan tentang bahasa atau dialek ammiyah bahasa arab kepada pelajar bahasa arab di Universiti Malaya. Program ini juga membuka peluang kepada mahasiswa Universiti Malaya untuk berinteraksi dengan penutur asli dari negara Arab. Selain itu, program ini juga terbahagi kepada beberapa slot iaitu pengenalan diri, pengenalan kepada dialek a’miyah dan juga pembentangan tentang kota impian.

            Pada slot pertama, peserta diminta untuk memperkenalkan diri dengan menggunakan bahasa Arab baku. Kemudian diteruskan dengan slot kedua iaitu pengenalan kepada dialek A’miyah. Di dalam slot ini pelajar didedahkan dengan dialek dari negara Jordan, Arab Saudi, Morocco dan juga Mesir. Baju serta aksesori dari negara tersebut juga disediakan untuk pelajar.

Seterusnya, pelajar juga di dedahkan mengenai bahasa tubuh yang digunakan oleh orang Arab.Pada slot yang seterusnya iaitu Madinatul Ahlam pelajar dikehendaki untuk berbincang tentang kota yang ingin dibina 30 tahun akan datang. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan serta diberikan tempoh selama 45 minit untuk menyiapkan tugasan. Setelah selesai pelajar dikehendaki untuk membentangkan tugasan tersebut dengan menggunakan bahasa arab baku.

            Sebagai konklusinya, program seperti ini sangat membantu para pelajar untuk mendalami seni bahasa arab serta budayanya, Program ini juga dapat memberi impak kepada mahasiswa bahasa Arab di Universiti Malaya untuk memperolehi maklumat tambahan serta dapat menambahkan minat mereka untuk mendalami bahasa Arab.

تم تنظيم برنامج “احكي عربي مع المتحدة” في اكتشاف اللغة العربية واللهجة العامية لطلاب اللغة العربية في جامعة مالايا. هذا البرنامج له دورا مهما لدى الطلاب ويعطيهم الفرصة الذهبية في التواصل الاجتماعي مع الناطقين باللغة العربية من الدول العربية. بالاضافة إلى ذلك، ينقسم هذا البرنامج إلى عدة السلسات التعليمية وهي المقدمة الذاتية، والتقديم عن اللهجة العامية وعرض تقديمي عن مدينة الأحلام.

أولاً، الطُلاب من المشاركين يقدمون أنفسهم باستخدام اللغة العربية الفصحى ثم يستمر البرنامج بالسلسة الثانية وهي التقديم عن لهجة العامية من السيدة دعاء. وبعد ذلك، يتعلم الطلاب اللهجات العديدة على سبيل المثال اللهجة الأردنية والمملكة العربية السعودية والمغربية ومصرية. القمصان الملحقات من تلك البلدان متاحة أيضًا للطلاب. بعد ذلك، تعرّف الطلاب أيضًا عن لغة الجسد التي يستخدمها العرب في حياتهم اليومية، وفي السلسة مدينة الأحلام، قام الطلاب بمناقشة عن المدينة الأحلام عندهم بعد ثلاثين عامًا من اليوم. بعد الانتهاء، يتعين على الطلاب بتقديم المدينة الأحلام عندهم باستخدام اللغة العربية القياسية.

في الخلاصة، هذا البرنامج مفيد للطلاب لتعلم فن اللغة العربية وثقافتها.يمكن أن يكون تأثير على طلاب اللغة العربية في جامعة مالايا للحصول على معلومات إضافية ويمكن أن يزيد من اهتمامهم في تعلم اللغة العربية.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *