Kem Celik Bahasa Arab: Hari Keempat - Sayur-sayuran & Buah-buahan
Hari keempat Kem Celik Bahasa Arab ternyata sangat menarik dan penuh dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Tajuk pembelajaran hari ini adalah “Sayur-sayuran & Buah-buahan” dan pembelajaran banyak tentang kepelbagaian jenis-jenis pakaian dalam bahasa Arab serta perbendaharaan kata yang berkaitan. Berikut adalah ringkasan perjalanan pembelaran kelas sepanjang hari ini.
Aktiviti 1: Belajar perkataan sayur-sayuran & buah-buahan dalam bahasa Arab
Kami memulakan hari dengan sesi pembelajaran interaktif di mana kami diperkenalkan kepada nama-nama pakaian dalam bahasa Arab. Guru kami, Ustazah Nadiah, sangat kreatif dalam menyampaikan pelajaran. Dengan menggunakan platform pembelajaran Bareq yang mengandungi gambar dan video pakaian seperti kobis, salad, epal, dan pic sambil menjelaskan setiap perkataan dalam bahasa Arab. Contohnya, kobis dipanggil “كرنب”, salad dipanggil “الخس”, epal dipanggil “تفاح”, dan pic dipanggil “خوخ”.
Berdasarkan gambar yang Ustazah Nadiah paparkan dari platform Bareq, kami menjawab perkataan yang betul mengikut gambar-gambar tersebut. Ustazah juga mengulang perkataan yang sama beberapa kali agar kami dapat mengingat semua perkataan yang baru dengan baik.
Aktiviti 2: Huruf Jar
Seterusnya, Ustazah mengajar kami tentang Zorof. Zorof merupakan sebuah perkataan yang membawa maksud kedudukan sesuatu objek di suatu tempat. Antaranya ialah “إلى” (di atas), “تحت” (di bawah), “خلف” (di belakang), “أمام” (di hadapan), “بجوار” (di sebelah). Ustazah mengadakan sesi soal jawab bersama para pelajar agar memastikan bahawa pelajar mendapat makna perkataan yang diajarnya.
Aktiviti 3: Soalan game/kuiz
Kami meneruskan lagi pembelajaran dengan menjawab soalan kuiz yang yang berkaitan dengan tajuk “sayur-sayuran dan buah-buahan” yang telah kami belajar. Setelah selesai kami menjawab kesemua soalan bersama-sama, kami dapat lihat markah keseluruhan dipaparkan di skrin dan kami berjaya menjawab 8 soalan dengan jawapan yang betul manakala 2 soalan lagi jawapannya salah.
Aktiviti 4: Nyanyian
Nyanyian merupakan aktiviti yang terakhir dalam pembelajaran pada hari ini. Video lagu yang dipasangkan mempunyai sari kata yang membolehkan kami ikut sama menyanyi. Ustazah Nadiah menyampaikan maksud lagu yang telah dinyanyikan adalah berkaitan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sebagai akhir kata, hari ketiga Kem Celik Bahasa Arab sangat berinformasi dan menyeronokkan. Pembelajaran yang difokuskan kepada pakaian, kami bukan sahaja memperkaya perbendaharaan kata kami tetapi juga meningkatkan keyakinan dalam bercakap dan menulis dalam bahasa Arab. Kami sangat teruja untuk mengetahui apa yang akan dipelajari pada hari-hari seterusnya.
Semoga dengan terus berlatih, kami akan semakin cekap dalam berbahasa Arab dan dapat menggunakan kemahiran ini dalam kehidupan seharian. Teruskan mengikuti pengalaman kami di Kem Celik Bahasa Arab!
Almotahida Education Group mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengikuti perjalanan kami di Kem Celik Bahasa Arab!