Pihak Almotiha Education Group dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Bareq telah pun melebar sayapnya ke negara serumpun Malaysia iaitu Republik Indonesia. Hal ini dapat memberi satu kaedah pembelajaran bahasa Arab yang baharu dan moden melalui platform dalam talian iaitu Bareq.
Kami turut bersenang hati kerana dapat berkongsi platform pembelajaran atas talian ini dengan seluruh masyarakat di Indonesia lebih-lebih buat para pendidik dan pelajar sekalian. Jutaan terima kasih kami rakamkan kepada rakan kerjasama kami, Arabiyah Talks atas kerjasama yang menakjubkan ini dan kami berharap bahawa rakyat Indonesia yang berminat dalam bahasa Arab memperoleh begitu banyak manfaat daripada Bareq, platform pembelajaran atas talian kami.