Apabila sesuatu perkataan itu berada di tempat نصب , perkataan itu juga boleh منصوب dengan huruf أ dan bukannya dengan baris atas.

Kebiasaaanya, perkara ini berlaku sekiranya perkataan itu merupakan asma’ khamsah yang terdiri daripada perkataan

أب، أخ، فم، ذو، حم

Seperti yang kita tahu, الأسماء الخمسة boleh berada di tempat رفع , نصب atau الجر. Jadi sekiranya perkataan tersebut berada di tempat نصب, maka perkataan tersebut akan منصوب dengan huruf أ.

Sebagai contoh, احْتَرِمْ أَبَاكَ. Perkataan أَبَاكَ itu منصوب dengan huruf أ.