Oleh: Siti Khadijah Jaafar (27 Jun 2024)

Persoalan berkaitan tajuk ini ialah bagaimana terjadinya keadaan di mana huruf wau (و) menggantikan Dhommah (ـــــُــــ) ketika I’rab sesuatu perkataan di dalam ayat. Keadaan ini hanya boleh berlaku apabila perkataan yang perlu di I’rabkan itu berada pada 2 keadaan iaitu جمع المذكر السالم dan الأسماء الخمسة.

1. جمع المذكر السالم
جمع المذكر السالم adalah perkataan yang menunjukkan lebih dari dua (banyak atau ramai) dengan adanya penambahan pada akhir perkataan. Contohnya”جاء المعلمون” , jadi perkataan المعلمون adalah perkataan yang berbentuk جمع المذكر السالم, dan terdapat penambahan huruf wau “و” dan nun “ن” di hujungnya yang berasal dari perkataan المعلم. Dan tanda الرفع padanya ialah “الواو نيابة عن الضمة” (wau menggantikan dhommah), dan huruf nun yang terdapat selepas huruf wau itu menggantikan tanwin yang berada di perkataan asalnya.

2. الأسماء الخمسة
Terdapat 5 perkataan yang berbentuk kata nama dalam bahagian ini iaitu:
آب – آخ – حم – فم – ذو
Perkataan ini berada dalam keadaan Marfu’ dengan الواو نيابة عن الضمة. Contohnya,
• حضر أبوك
• حضر أخوك
• حضر حموك
• حضر فوك
• ذو مالٍ
Dhomir (ك) dan perkataan (مالٍ) selepas kata nama yang 5 (الأسماء الخمسة) ini merupakan مضاف إلية.

Namun, perlu untuk kalian tahu bahawa الأسماء الخمسة ini tidak akan di I’rabkan seperti di atas kecuali ia menepati syarat-syaratnya. Dan syarat ini ada yang diperlukan pada semua dan sebahagiannya.

1. الأسماء الخمسة ini mestilah dalam keadaan mufrad (bilangan satu, bukan dua atau lebih).
2. الأسماء الخمسة ini mestilah dalam bentuk iaitu مكَبَّرّة perkataan biasa atau standard, ia tidak berbentuk مصَغَّرَة seperti هذا أُبَيَّ dan رَأَيْتُ أُبَيًّا.
3. الأسماء الخمسة ini mestilah berada pada kedudukan مضاف.
4. Dan terakhir sekali, مضاف إليه yang hadir selepas kata nama ini mestilah selain dhomir ياء المتكلم. Kerana jika مضاف إليه adalah ياء المتكلم, ia akan berbentuk seperti berikut – أبي, أخي dan lainnya.

Jadi begitulah bagaimana huruf wau boleh menggantikan Dhommah mengikut keadaan perkataan tersebut. Jika kalian mempunyai persoalan atau sebarang keraguan tentang perkongsian ini, sila tinggalkan komen supaya kami boleh bantu kalian untuk lebih faham tentang tajuk ini. Jumpa lagi dalam penulisan yang akan datang. Assalamualaikum!