Muhd Azri, 24 Jun 2024
Terrdapat empat tanda bagi tanda – tanda Marfu’ ( علامات الرفع) antaranya adalah الضمة , الألف, الواو, dan ثبوت النون .Tanda – tanda Rafa’ atau Marfu’ (رفع / مرفوع ) boleh jumpa ia disetiap hujung kalimah isim dan fe’el. Pertama sekali, tanda Marfu’ bil dhammah (بالضمة) contohnya adalah “ الكتابُ جديدُ ‘’ untuk kedua – dua kalimah ini menunjukkan ia rafa’atau marfu’ kerana kedudukannya berada di kedudukan مبتدأ وخبر dan dihujung kalimahnya berbaris dhammah.
Tanda kedua pula, adalah al waw (الواو) . Contoh bagi al waw ini adalah “ ذهب المعلمون إلى المدرسة ” kalimah yang menunjukkan alamat rafa’atau marfu’ adalah المعلمون adanya huruf waw dihujung kalimah tersebut jadi ia menunjukkan bil waw dan rafa’kerana kedudukannya di kedudukan فاعل .
Tanda ketiga, adalah al alif (الألف ). Contoh bagi al alif ini adalah “ذهب المعلمان إلى المدرسة “kalimah yang menunjukkan alamat rafa’ atau marfu’ adalah المعلمان kerana adanya huruf alif dihujung kalimah tersebut jadi ia menunjukkan bil alif dan rafa’ kerana kedudukannya di kedudukan فاعل .
Terakhir sekali ثبوت النون. Contoh bagi ثبوت النون adalah “الطلاب يكتبون الواجبة “ yang menujukkan rafa’ atau marfu’ adalah يكتبون kerana pada kalimah fe’el ini adanya huruf nun kerana itu ia dipanggil bil subutin nun dan rafa’kerana kedudukannya sebagai khabar. Yang paling penting sekali anda perlu tahu bahawa subutin nun ni berlaku hanya pada kalimah fe’el sahaja.