Oleh: Muhd Azri, 6 Jun 2024.
(أنواع الكلام) – “Anwaul Kalam” : bermaksud jenis – jenis ucapan. Buat pengetahuan para pembaca “anwaul kalam” terbahagi kepada tiga iaitu, الإسم – “Isim” (kata nama), الفعل – “fe’el” (kata kerja) dan الحرف – “Harf” (huruf). Isim adalah perkataan yang menunjukkan makna dirinya sendiri dan tidak berkaitan dengan masa. Sebagai contoh, طُفَّاحَة – “Tuffahah” (epal) dan nama iaitu Ali dan Muhammad, ianya adalah kata nama.
Seterusnya, fe’el adalah kata kerja yang terbahagi kepada tiga iaitu فعل ماضي – “fe’el madhi” (kata kerja yang telah lepas) , فعل مضارع – “fe’el mudhari’” (kata kerja yang sedang berlaku) dan فعل أمر – “fe’el amar” (kata peritah atau suruhan). Contoh bagi fe’el madhi adalah, كَتَبَ – “Kataba” (dia telah menulis), خَرَجَ – “Kharaja” (dia telah keluar). Contoh bagi fe’el mudhari’ pula, يَكتُبُ – “Yaktubu” (dia menulis) dan يَخرُجُ – “yakhruju” (dia keluar). Contoh bagi fe’el amar adalah, أُكتُب – “Uktub” (tulislah) dan أُخرُج – “Ukhruj” (keluarlah).
Akhir sekali, harf adalah sebuah huruf yang mana memerlukan sokongan daripada perkataan yang lain untuk menjadikan sebuah ayat. Sebagai contoh, huruf “إِلَى” – “Ila” (ke) dan contoh ayat lengkap bagi huruf ini adalah, ذَهَبتُ إِلَى المدرَسَة –“dzahabtu ila madrasah” (saya telah pergi ke sekolah).