Oleh: Laili Kholiq
Umum mengetahui bahawa untuk menjadi seorang pelajar bukanlah perkara yang mudah apabila terpaksa menanggung kos pembelajaran dan sara hidup kini yang semakin meningkat. Oleh itu, pelajar haruslah bijak dalam menguruskan masalah kos pembelajaran yang tinggi dengan mengeluarkan usaha dan tenaga yang mampu melakukan pekerjaan tambahan supaya dapat menjana pendapatan bulanan. Pelajar boleh melakukan pelbagai kerja yang bersesuaian dengan kemampuan dan minat pelajar seperti :
1. Menjadi guru tuisyen secara peribadi mahupun di pusat tuisyen. Pelajar boleh memilih subjek yang mereka telah mahir untuk mengajar. Hal ini kerana, ramai ibu-bapa yang mencari guru tuisyen yang boleh mengajar anaknya dirumah secara bersemuka. Tetapi, pelajar juga boleh menjadi guru tuisyen secara dalam talian dengan menggunakan zoom ataupun google meet.
3. Membuat jualan dalam secara dalam talian secara dalam talian melalui pelbagai aplikasi seperti Shopee, Lazada, Tiktok dan sebagainya. Pelajar boleh menjual pelbagai jenis barang contohnya makanan, kraft tangan, pakaian, tudung, kasut dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga boleh merebut peluang untuk menjual barang yang viral kerana dapat menarik minat orang ramai. Seterusnya pelajar juga boleh menjadi dropship dengan mempromosikan barang tanpa menguruskan stok barang.
4. Menjadi Penghantar Makanan seperti Grab food, Shopee food dan sebagainya kerana ini adalah pekerjaan yang sangat fleksibel untuk pelajar menguruskan masa belajar dan bekerja.
7.Membuat perkhidmatan untuk menulis Resume ataupun CV kepada graduan ataupun orang yang memerlukan.
8.Melakukan kerja sambilan seperti di kedai runcit, restoran dan sebagainya.
Kesimpulannya, pelajar haruslah bekerja keras untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka bagi menampung kos perbelanjaan dan kos sara hidup. Akan tetapi, pelajar juga perlulah beringat bahawa pelajar masih mempunyai tanggungjawab sebagai pelajar dan pelajar perlulah membahagi masa bekerja dan belajar dengan baik.
Semoga artikel ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada para pelajar yang sedang mencari pekerjaan yang sesuai untuk mereka menambah pendapatan mereka. Selamat mencuba!