Kelas Kelima: Kem Celik Bahasa Arab

Hari Terakhir Kelas Kem Celik Bahasa Arab Anjuran Almotahida

Hari ini menandakan berakhirnya Kem Celik Bahasa Arab yang dianjurkan oleh Almotahida selama lima hari secara dalam talian. Oleh itu kami berasa sangat bangga dengan sokongan luar biasa yang diberikan oleh semua peserta. Selama beberapa hari yang lalu, kem ini telah menjadi medan untuk para peserta dari sekolah rendah yang mempunyai masa lapang di waktu cuti sekolah untuk mendalami keindahan dan kekayaan Bahasa Arab.

Sesi pembelajaran diteruskan dengan menggunakan platform digital untuk mempelajari Bahasa Arab yang bernama Bareq . Selain itu para peserta diberikan akses secara percuma untuk menggunakan platform Bareq yang telah disediakan. Seterusnya, para peserta juga diberi peluang untuk berinteraksi dengan tenaga pengajar melalui sesi soal jawab langsung, kuiz interaktif, dan permainan bahasa yang menarik yang terdapat di dalam Bareq. Aktiviti ini bukan sahaja memperkukuhkan pengetahuan mereka tetapi juga memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan lagi pengetahuan Bahasa Arab kepada para peserta.

Kami di Almotahida ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kem Celik Bahasa Arab ini. Sokongan dan komitmen anda semua amat kami hargai. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi inspirasi untuk terus mempelajari bahasa Arab. Sampai bertemu lagi di program-program akan datang.

Teruskan mengikuti blog kami untuk mengetahui maklumat terkini kami !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *