Kelas Bareq

Kelas Bahasa Arab yang dianjurkan oleh Almotahida Education Group sepanjang cuti sekolah untuk perlajar – pelajar sekolah rendah atau kanak – kanak telah disertai dengan jumlah pelajar dalam anggaran 23 orang pelajar. Sambutan kali ini sangat memberangsangkan berbanding kelas Bahasa Arab yang pernah dianjurkan sebelum ini. Bahkan kelas yang dijalankan pada hari ini dari jam 11 pagi hingga 12 tengahari sangat meriah kerana para pelajar yang memberi respon dengan baik sepanjang kelas berlangsung. Begitu juga mereka dapat belajar sambil bermain dengan menggunakan platform Bareq yang sangat interaktif dan menjadi tarikan bagi mereka untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru yang mengajar melalui aplikasi Bareq.

Selain itu, suasana kelas menjadi amat ceria dan menyeronokkan kerana pembelajaran yang menggunakan alat bantu mengajar iaitu aplikasi Bareq ini. Semua pelajar terlihat bersemangat dan tidak bosan di dalam kelas walaupun kelas berlangsung secara atas talian. Seterusnya, penggunaan aplikasi Bareq yang dapat disesuaikan mengikut tahap umur pelajar memberikan peluang kepada mereka dalam memahami dan mengingati perkataan – perkataan Bahasa Arab dengan lebih baik, dalam topik “Siapa Kamu?” ( من أنت؟ ) yang diajarkan pada hari ini.

 Oleh itu, kelas yang telah dijalankan oleh Almotahida Education Group pada hari ini telah memberikan semangat baharu dan motivasi kepada para pelajar tersebut untuk terus mempelajari Bahasa Arab sehingga mereka mahir dengan cara yang lebih menyeronokkan. Kelas ini juga akan berlangsung sehingga 31 Mei 2024 ini. Jadi nantikan bersama topik apakah yang akan dipelajari pada 28 Mei (esok hari).

Untuk sebarang langganan atau ingin mendapatkan produk daripada Almotahida Education Group, anda boleh kunjungi ke IG profile kami “myalmotahida” atau layari laman web kami “kalemon.my”.