Kuala Lumpur – Setiap individu yang ingin mencapai kestabilan kewangan haruslah bijak dalam pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan dengan bijak akan memberikan impak positif pada masa hadapan. Contnya membuat perancangan awal yang betul dan mempunyai sifat disiplin terhadap diri sendiri dapat membuat simpanan yang mencukupi agar mencapai matlamat kewangan jangka panjang. Oleh itu, terdapat beberapa tips ataupun strategi untuk mengurus perbelanjaan dengan berkesan agar boleh membantu masa depan yang lebih terjamin.

1. Mempunyai tujuan matlamat kewangan yang jelas seperti membuat matlamat jangka pendek dan jangka panjang supaya dapat menguruskan kewangan dengan bijak.
2. Membuat jumlah bajet bulanan agar dapat mengenal pasti antara pendapatan dan perbelanjaan dan juga dapat mengurangkan perbelanjaan yang berlebihan dan tidak penting.
3. Mengutamakan simpanan sebelum berbelanja contohnya menggunakan kaedah mengautomatikkan simpanan ke dalam akaun sebaik Sahaja gaji ataupun elaun diterima. Hal ini dapat membantu anda supaya dapat membuat simpanan setiap bulan walaupun anda terlupa.
4. Membahagikan wang kepada tabung dana kecemasan seperti menyimpan selama tempoh 3-6 bulan ke dalam akaun bank yang berlainan supaya dana tersebut tidak bercampur dengan simpanan peribadi.
5. Membuat pelaburan di tempat yang betul berdasarkan nasihat daripada pakar professional untuk mengembangkan lagi kewangan seperti membeli saham, emas dan sebagainya.
6. Mengurangkan dan mengelak daripada berhutang agar tidak menambahkan lagi komitmen setiap bulan.
7. Mengawal perbelanjaan wang keluar masuk harian seperti membuat penetapan had bagi pengunaan wang berbelanja untuk setiap kategori di dalam bajet seperti wang untuk makan dan sebagainya.

Kesimpulannya, untuk menjadikan pengurusan kewangan ini berjaya di masa hadapan, anda haruslah mempunyai disiplin dan konsisten agar dapat memberikan perubahan dalam kehidupan di masa akan datang, selamat mencuba !