Sekalung penghargaan kami rakamkan kepada para pensyarah, pelajar-pelajar dan semua pengunjung yang telah pun berkunjung di reruai kami di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya semalam dan kelmarin. 

Bersempena dengan Karnival Bahasa Arab Almotahida ini, kami berdedikasi dalam meningkatkan kesedaran para pelajar tentang keberkesanan penggunaan teknologi dalam perkembangan pembelajaran bahasa Arab.

Melalui produk kami iaitu Bareq, Kalemon dan Kamus Bahasa Arab untuk Kehidupan, kami percaya bahawa bahasa Arab dapat berkembang dengan jayanya di Malaysia dengan gagasan teknologi baharu seperti Ai yang disarankan oleh kerajaan. 

Kumpulan Pendidikan Almotahida sentiasa bergerak seiring dengan keperluan industri pendidikan selaku salah satu syarikat yang menumpukan kajian dan hasil kerjanya dalam bidang pendidikan rendah sehinggalah tinggi.