Assalamualaikum buat semua penuntut di Universiti Malaya
Kami daripada Kumpulan Pendidikan Almotahida sangat berbesar hati ingin mengajak anda semua menyertai reruai dan pameran pendidikan berteknologi tinggi yang terletak di hadapan pintu masuk fakulti bahasa dan kesusasteraan, Universiti Malaya pada hari ini, Isnin, 13 Mei 2024 sehingga esok, Selasa, 14 Meri 2024.
Pameran ini bakal menyediakan peluang kepada masyarakat dalam memartabatkan pendidikan bahasa Arab moden dengan menggunakan teknologi tinggi seperi platform pembelajaran atas talian, virtual reality dan sebagainya.
Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pameran ini.