Kuala Lumpur – Syarikat Almotahida sedang menganjurkan “Arabic Carnival Tour” pada bulan Mei ini di setiap Universiti yang berada di sekitar kawasan Lembah Klang berdasarkan minggu yang berbeza. Tujuan karnival ini di adakan adalah untuk menyebarkan kepentingan belajar Bahasa Arab terutama dalam kalangan pelajar Bahasa Arab dan tidak lupa juga pelajar yang berkeinginan untuk mempelajari bahasa arab. Seterusnya, karnival ini juga bertujuan untuk menambahkan lagi kemahiran pelajar dalam berkomunikasi mahupun pengetahuan Bahasa Arab melalui permainan yang diadakan sepanjang karnival dijalankan di UiTM Shah Alam. Selain itu, karnival ini juga bertujuan untuk berkongsi keistimewaan program bareq dan kalemon sebagai inisiatif terbaik untuk mempelajari Bahasa Arab. Oleh itu, karnival ini dilihat mendapat sambutan ramai oleh pelajar samada daripada kursus Bahasa Arab mahupun kursus lainnya. Hal ini menunjukkan bahawa karnival ini telah berjaya memikat hati para pelajar untuk mengetahui keunikan Bahasa Arab melalui pelbagai permainan yang menarik. Antara permainan tersebut adalah seperti berikut :
1- Menjawab soalan Bahasa Arab di platform Bareq.
2- Menyertai cabutan bertuahDi samping itu, pelajar dapat merasai keseronokan daripada karnival ini kerana dapat memenangi hadiah yang berbaloi melalui cabutan bertuah. Kesimpulannya, “Arabic Carnival Tour” yang telah dianjurkan di UiTM Shah Alam ini adalah sebuah karnival Bahasa Arab yang tidak boleh dilupakan bagi pelajar yang telah menjelajahi keunikan dan kekayaan Bahasa Arab.