Seronoknya bersama pelajar di UiTM Shah Alam
Pada tanggal 6 – 7 Mei yang lepas, Kumpulan Pendidikan Almotahida telah mengadakan satu program di Kompleks Kenangan 2, UiTM Shah Alam.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan di reruai kami iaitu cabutan bertuah, pameran buku, belajar bahasa Arab dengan menggunakan Bareq dan sebagainya. Ternyata pelajar-pelajar di UiTM Shah Alam begitu teruja untuk mempelajari bahasa Arab biarpun ada dalam kalangan mereka yang telahpun meninggalkan pembelajaran bahasa Arab sejak bertahun lamanya.
Sepanjang dua hari kami berkampung di UiTM Shah Alam, terdapat banyak manfaat yang kami dapat simpulkan dalam proses pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Para pelajar lebih berminat untuk mempelajari bahasa Arab dengan kaedah “belajar sambil bermain”. Hal ini kerana kaedah ini memberikan mereka kebebasan untuk sentiasa berada dalam keadaan selesa dan tidak stres.
Kami dapat simpulkan bahawa reruai yang dibuka selama dua hari ini sangat bernilai buat semua pelajar di UiTM Shah Alam.