ADAB KETIKA MENZIARAH PADA HARI RAYA

Kuala Lumpur – Di malaysia, sudah menjadi adat dan kebiasaan bagi mereka untuk menziarahi rumah jiran tetangga dan juga sanak saudara tidak pada hari raya. Dalam pada itu, adat ini dapat merapatkan lagi ukhuwah mahupun ikatan sesama manusia tidak kira bangsa dan agama. Oleh itu, pentingnya bagi mereka untuk menghormati dan menjaga adab ketika menziarahi rumah sanak saudara ataupun jiran tetangga. Antara adab yang perlu dicontohi ketika menziarahi adalah :

1. Mengikhlaskan diri kerana Allah. Hal ini kerana hubungan yang renggang akan menjadi rapat dengan adanya niat yang ikhlas.
2. Meminta izin dahulu sebelum hadir untuk menziarah. Islam menggalakkan kita untuk memberitahu ataupun meminta izin dahulu sebelum hadir agar tidak menganggu perancangan tuan rumah. Ini juga sangat penting untuk tuan rumah menyediakan persiapan.
3. Memberikan salam dahulu sebelum masuk ke rumah supaya tuan rumah bersedia untuk menyambut tetamu.
4. Menghormati orang yang lebih tua seperti senyum dan bersalam agar menunjukkan tanda hormat pada mereka.
5. Menjaga mata supaya tidak melihat bahagian dapur mahupun bilik agar aurat tuan rumah dijaga.
6. Menziarah dengan waktu yang singkat supaya tidak membebani tuan rumah dan tidak menganggu perancangan tuan rumah untuk melakukan hal lain.
7. Memohon maaf dan mengucapkan rasa syukur kepada tuan rumah agar mereka rasa dihargai oleh tetamu.

Oleh itu, semoga anda dapat amalkan dan juga semoga syawal kali ini lebih baik daripada syawal sebelumnya !