Reruai Bahasa Arab di Ibu Kota Kuala Lumpur

Kumpulan Pendidikan Almotahida berasa begitu teruja kerana telah berjaya menjalankan aktiviti-aktiviti yang berguna bersama masyarakat di Kuala Lumpur, Malaysia tempoh hari.

Pihak kami sempat mengadakan aktiviti jalanan di pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur iaitu Nu Sentral bagi berkongsi seberapa banyak ilmu dan pengetahuan bahasa Arab kepada semua pengunjung yang berkunjung di sana. Ternyata sambutan yang diterima adalah begitu memberangsangkan dek perkembangan pendidikan bahasa Arab yang kian berkembang di negara ini.

Antara produk yang menjadi perhatian orang ramai adalah “Kamus Bahasa Arab untuk Kehidupan” terbitan Kalemon. Salah satu pengunjung Arab telah pun membeli kamus ini kepada isterinya yang berbangsa Melayu. “Kamus ini sangat bagus untuk isteri saya belajar bahasa Arab”, katanya.

Kami sangat gembira dengan aktivit yang dijalankan dan sambutan daripada para pengunjung. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang.