Kajang, 1 April 2024 – Pada awal tahun 2024 ini, Kumpulan Pendidikan Almotahida melaksanakan pelbagai aktiviti bersama sekolah di sekitar Selangor, antaranya adalah Sekolah Agama Rizq.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama para pelajar iaitu permainan teka teki bahasa Arab, sesi mencuba kanta untuk virtual reality dan sebagainya. Kami juga ada mengadakan pertandingan cabutan bertuah buat pengunjung di reruai kami berupa Kamus Bahasa Arab untuk Kehidupan. Ibu bapa, guru-guru dan para pelajar begitu teruja untuk menyertai cabutan bertuah ini kerana hadiah yang ditawarkan sangat menarik.
Selain itu juga, Kumpulan Pendidikan Almotahida begitu teruja dengan begitu ramai pengunjung ke reruai kami kerana aplikasi pendidikan yang disediakan sangat menarik perhatian anak-anak sekalian. Segelintir ibu bapa juga kagum akan keupayaan berbahasa Arab anak-anak mereka apabila mereka melihat sendiri anaknya bermain aplikasi Bareq tersebut.
Natijahnya, kami sangat berbesar hati dengan kunjungan semua ke reruai kami pada hari terbuka sekolah ini dan berharap agar kolaborasi seperti ini dapat diteruskan demi kemajuan bahasa Arab di negara kita, Malaysia.