Kuala Lumpur, 29 Mac 2024 – Kumpulan Pendidikan Almotahida telah menganjurkan satu webinar atas talian yang diberi nama sebagai Bil Arabi Arabic Class 2024. Webinar ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan ilmu dan bahasa Arab terutamanya pada bulan yang penuh barakah ini.

Kumpulan Pendidikan Almotahida telah menjemput Ustaz Hakim, seorang pensyarah senior di Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjadi satu-satunya panel pengajar dalam webinar bahasa Arab ini. Program seperti ini begitu mengujakan kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya namun bahasa Arab dapat menyatukan mereka dalam satu program.

Terdapat beberapa bangsa yang berbeza telah menyertai webinar bahasa Arab ini antaranya bangsa Melayu, Cina dan bangsa asing iaitu bangsa Arab sendiri. Webinar ini dianjurkan selama 45 minit dengan 10 minit terakhir disediakan untuk sesi soal jawab antara para pelajar dan tenaga pengajar.

Modul yang digunakan oleh Ustaz Hakim direka khas mengikut penyiawaian Cambridge-Arabic oleh Kumpulan Pendidikan Almotahida. Kesemua kemahiran bahasa Arab dapat digarap secara sedikit demi sedikit di dalam webinar ini.

Kumpulan Pendidikan Almotahida tidak mengenakan sebarang caj kepada para peserta dan akan terus menyediakan platform pendidikan yang berguna buat semua.