Almotahida Education Group, pengasas utama kandungan dan penyelesaian pendidikan di negara-negara Arab, hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi pembelajaran Onafes baharunya yang akan datang.

Aplikasi pendidikan ini dijangka akan mula diperkenalkan secara rasmi dalam beberapa bulan akan datang. Aplikasi Onafes ini akan menjadi bahan bantu pembelajaran yang sempurna untuk pelajar dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.

Mengulas mengenai pengumuman itu, Encik Mohammad Elewa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Almotahida berkata: “Kami begitu teruja untuk mengumumkan aplikasi Onafes yang akan datang, Onafes direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan pelajar dan menyediakan mereka dengan bahan bantu pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Kami menyasarkan agar aplikasi ini dapat menjadi nilai tambah dalam pengalaman pembelajaran di rantau ini.

Aplikasi Onafes direka bentuk untuk menyediakan pelajar pengalaman pembelajaran khusus kepada setiap pelajar dan interaktif, Onafes memberikan akses kepada banyak kandungan pendidikan yang sememangnya sejajar dengan kurikulum serta ciri pembelajaran pintar seperti ujian diagnostik dan maklum balas segera.