Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan keampunan bagi umat Islam di seluruh dunia. Selain dari menunaikan ibadah puasa, ini juga merupakan masa yang ideal untuk meningkatkan pengetahuan agama dan kefahaman terhadap bahasa Arab, Bahasa utama Al-Quran. Menyambut bulan yang mulia ini, Syarikat Almotahida Education Group dengan gembiranya menganjurkan program kelas bahasa Arab “Bil Arabi” yang unik bagi mereka yang ingin mempelajari bahasa Arab dengan lebih mendalam, dan yang paling menariknya lagi, penyertaannya adalah percuma!

Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Arab, terutamanya semasa bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Ianya terbuka kepada semua golongan tanpa mengira umur atau tahap pengetahuan bahasa Arab mereka. Sesi pengajaran diadakan setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadhan, memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu walaupun dalam kesibukan menjalankan ibadah.

Pada kelas yang diadakan pada 15 Mac 2024 yang lalu, pengajaran dikongsikan oleh Ms. Khadijah, wakil pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa (kepujian) Bahasa Arab Komunikasi Profesional. Berdasarkan pengalaman serta pengetahuannya yang mendalam dalam bidang ini, beliau berkongsi ilmu untuk memperkenalkan diri dalam Bahasa Arab dan penggunakan Isim Isyarah. Kelas tersebut berjalan dengan lancer dan mendapat sambutan daripada kalangan peserta yang sangat interaktif semasa sesi pengajaran.

Keistimewaan program ini adalah bukan hanya dalam mempelajari bahasa Arab, tetapi juga memberi peluang untuk berinteraksi dengan peserta dari pelbagai latar belakang. Ini membuka pintu kepada pemahaman dan toleransi antara pelbagai budaya dan masyarakat.

Bagi sesiapa yang ingin menyertai program “Bil Arabi” yang menarik ini, mereka boleh mendaftar melalui laman web Syarikat Almotahida Education Group. Jangan lepaskan peluang emas ini untuk memperkaya diri dengan ilmu bahasa Arab yang amat berharga.