Nur Ramadan Iftar Jama’ie bersama Almotahida Education Group

Assalamualikum dan Salam Ramadan buat semua pembaca,

Dalam suasana Ramadan yang penuh barakah ini, pihak pengurusan dan pentadbiran Almotahida Education Group Malaysia telah menjemput Persatuan – Persatuan Bahasa Arab daripada beberapa university terkenal di Malaysia seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk memeriahkan lagi suasana berbuka puasa di Restoran Layali El Shams pada Tarikh 14 Mac 2024 pada hari Khamis. Program ini bukanlah hanya sekadar majlis berbuka puasa akan tetapi program ini juga disertakan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang sempat dilakukan adalah melakonkan watak berdasarkan arahan yang diberi dengan menggunakan perkataan Bahasa Arab. Hal ini dapat menjadikan suasana lebih seronok dan juga para persatuan dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dengan lebih rapat.

 

Untuk pengetahuan anda semua, juadah yang dihidangkan juga sangatlah menarik kerana ianya adalah juadah Arab yang dimasak oleh Chef Arab di Restoran Layali el Sham, Bukit Bintang. Selepas selesai berbuka, mereka dapat menonton beberapa persembahan tarian oleh orang bangsa Arab di restoran tersebut antaranya adalah Melawiya Performance dan juga Tanoura Show. Oleh itu, juadah dan persembahan yang disediakan dapat memberikan mereka pengetahuan tentang adat dan budaya Arab dengan lebih mendalam. Sampai disini sahaja coretan saya pada hari ini, semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang.

Ramadan Kareem!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *