Tips Mengajar Bahasa Arab

Selain memahami dan mengetahui asas ilmu bahasa Arab ini, mengajar memerlukan kemahiran tambahan berbanding kemahiran dan ilmu sedia ada. Oleh kerana bahasa adalah suatu ilmu dan kemahiran yang diguna pakai melalui perbuatan kita, dengan kata lain, bahasa adalah ilmu praktikal, pembelajaran bahasa memerlukan penguasaan yang baik sehingga pelajar bukan sekadar “tahu” bahasa, tetapi juga “mahir” dan mampu berbahasa. 

Dengan kata lain, bahasa itu dilihat berjaya apabila pelajar mampu membaca, menulis, mendengar dan bertutur. 

Berikut adalah antara tips untuk mengajar bahasa Arab khususnya, tidak kira di peringkat universiti, sekolah, madrasah, pondok ataupun institusi pendidikan yang lain. 

1-Banyakkan mufradat baharu 

Penting dalam pembelajaran bahasa adalah untuk menambah kosa kata yang dimiliki pelajar. Semakin bertambah perkataan yang mereka tahu, semakin bertambah keyakinan mereka untuk mendalami bahasa Arab. Anda boleh lakukan aktiviti menghafal perkataan, permainan teka maksud dan seumpamanya untuk menggalakkan pelajar menambah kosa kata atau mufradat mereka. 

2-Fahamkan nahu, soraf dan balaghah 

Sudah menjadi kebiasaan untuk mempelajari bahasa, amat penting untuk kita memahami kaedah pembinaan perkataan dan ayat dalam bahasa Arab. Bagi memastikan bahasa kita itu difahami, perlu kepada penggunaan tatabahasa dan baris yang betul bagi perkataan tersebut. Guru-guru boleh memberikan latihan nahu soraf kepada pelajar kerana dengan latihan yang berkesan, pelajar akan lebih mahir dalam membina ayat yang betul. 

3-Banyakkan asah 4 kemahiran bahasa 

Setelah memiliki perkataan dan asas tatabahasa mencukupi, maka pelajar tersebut sudah bersedia dengan latihan untuk mengembangkan bahasa secara praktikal. Kesemua latihan ini perlu dilakukan secara bersepadu oleh kerana penguasaan bahasa melibatkan kesemua kemahiran bahasa iaitu membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Latihan mendengar mampu memberikan pelajar lebih faham kaedah dan gaya bahasa selain menambah kosa kata baharu kepada pelajar. Secara tidak langsung, ia menjadikan pelajar mampu menulis dengan baik oleh kerana gaya bahasa tersebut sudah berada di dalam minda pelajar. Akhir sekali, latihan bertutur amat membantu untuk menjadikan pelajar lebih yakin, biarpun sekadar beberapa ayat perbualan dengan bahasa mudah. 

Sudah tentu, untuk mengajar bahasa Arab itu tidaklah mudah, bahkan memerlukan usaha dan masa yang agak panjang. Oleh sebab itu, Almotahida menawarkan platform Bareq untuk menjadikan pembelajaran bahasa Arab lebih seronok dan tidak stress.