Buku Bahasa Arab di PJBX

Pada 9-17 September 2023 baru-baru ini, Petaling Jaya menyaksikan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya iaitu program Ekspo Buku Petaling Jaya 2023 atau PJBX 2023. Almotahida Education Group juga tidak ketinggalan untuk membuka reruai di program ini. Di reruai Almotahida, kami menampilkan siri buku Kalemon untuk pendidikan bahasa Arab mengikut gred dan tahap pelajar. 

photo_2023-09-27_15-04-13

Termasuk juga keluaran terbaharu Kalemon iaitu Arabic for Life BA-BM. Rata-rata maklum balas yang diterima tentang produk kamus Arabic for Life tersebut adalah bagus dan sesuai untuk pelbagai tahap umur dan pendidikan. Ramai pengunjung yang datang ke ekspo buku ini, terutamanya pelajar sekolah, guru-guru dan juga ibu bapa yang mencari bahan bacaan untuk anak-anak mereka. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *