Bagi penggemar aktiviti melancong ke luar negara, amat penting untuk kita memahami bahasa yang digunakan oleh penduduk di negara tersebut. Seperti apabila hendak membeli barang di kedai, sekurangnya kita tahu cara untuk bertanya harga dan membuat pembayaran. Oleh kerana tidak kesemua peniaga di negara tersebut memahami bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa. 

Kemahiran berbahasa asing ini juga amat penting untuk kegiatan sosial. Seperti contoh mungkin anda seorang content creator dan suka merakamkan video tentang orang yang anda temui dalam siri jelajah anda. Sudah tentu anda ingin berbahasa dengan lancar dan difahami. Sedikit pengetahuan pun sudah mencukupi, selainnya kita akan dibantu oleh penutur tempatan tersebut. 

Jadi, sebagai persediaan, kita memerlukan kamus yang praktikal dan senang dibawa contohnya ketika ingin naik ke pengangkutan awam. 

Selain itu, kamus tersebut hendaklah merangkumi perbualan asas yang kita boleh gunakan ketika berkomunikasi. 

Ciri-ciri reka bentuk dan gambar yang menarik juga amatlah penting agar kita mampu mengingati perkataan dengan lebih cepat. 

Selain itu, kandungan yang padat dan relevan amat penting agar perkataan yang kita guna itu tepat dan difahami umum juga mengikuti peredaran zaman, seperti mengandungi perkataan-perkataan yang berkaitan dengan teknologi dan sebagainya. 

Bagi bahasa Arab, anda boleh dapatkan kamus Arabic for Life yang mempunyai kesemua ciri-ciri di atas, iaitu praktikal dan senang dibawa, merangkumi perbualan asas yang diperlukan, ciri reka bentuk dan gambar yang menarik dan mengandungi kandungan yang padat dan relevan. 

Kamus ini juga dihasilkan oleh banyak pakar-pakar dan bidang bahasa Arab dan juga penutur asli bahasa Arab itu sendiri.