Pada 27 – 30 Julai yang lepas, sebuah pesta buku untuk kanak-kanak telah diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam. Almotahida Education Group juga tidak ketinggalan untuk turut serta membuka reruai. Almotahida menampilkan siri produk Kalemon termasuk keluaran terbaharu Kalemon iaitu kamus komunikasi bahasa Arab yang diberi nama sebagai Arabic for Life. 

Selain itu, Almotahida juga menyediakan demontrasi digital untuk platform Bareq dan pengalaman ‘Virtual Reality’ dengan menggunakan Veative. Veative adalah produk yang membolehkan pelajar menonton video VR 360 dengan menggunakan ‘VR box’ pada telefon bimbit mereka. Mereka amat berminat dengan produk tersebut.  

Selepas itu, terdapat juga permainan huruf bahasa Arab bagi pemula terutamanya peringkat kanak-kanak. Mereka akan diberikan hadiah selepas berjaya menamatkan permainan.  

Para ibu bapa juga tertarik dengan siri buku Kalemon yang terdiri daripada buku teks dan buku latihan. Para guru sekolah juga tidak ketinggalan berkunjung ke reruai kami termasuklah pensyarah-pensyarah daripada universiti terkemuka di Malaysia contohnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya dan universiti-universiti lain. 

Produk yang ditawarkan merangkumi buku berbeza untuk setiap tahap dan peringkat pembelajaran, bermula dari pra-permulaan, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan juga universiti. Terdapat juga siri Kalemon Dewasa bagi membantu pembelajaran bahasa Arab golongan dewasa, bermula dari peringkat pemula sehingga peringkat sederhana, kemudian peringkat teratas. 

Secara keseluruhan, pesta buku tersebut dilihat berjaya dan Almotahida semakin dikenali dalam kalangan bukan penutur asli bahasa Arab di Malaysia. Pelajar-pelajar juga memberi reaksi dan komen positif tentang kualiti dan kandungan siri buku Kalemon dan juga platform Bareq. Tidak ketinggalan juga ramai pelajar yang mengambil peluang untuk mengalami sendiri pengalaman menggunakan Veative. 

Produk keluaran Almotahida dipercayai mempunyai mutu dan kualiti yang baik, kerana ia mampu menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan serta dilengkapi grafik yang cantik dan berwarna-warni. Pelbagai latihan juga disediakan bagi membantu pelajar untuk betul-betul memahami topik yang dipelajari.