Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog Almotahida.

Baru-baru ini kami berkelapangan untuk berkunjung ke sebuah sekolah yang terletak di tengah-tengah kota Batu Caves, Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi bagi mempromosikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di sekolah. Kami begitu teruja kerana sambutan hangat yang diterima oleh pihak kami merupakan satu perkara yang tidak disang-sangka.

Ustazah Suhaila, merupakan guru Bahasa Arab di sekolah tersebut bersetuju bahawa buku-buku terbitan Kalemon merupakan buku yang berkualiti tinggi dan mempunyai penyusunan yang sistematik bagi setiap topik yang diketengahkan di setiap buku Bahasa Arab.

Para pelajar dalam lingkungan darjah satu sehingga darjah enam memberikan sambutan yang cukup memberangsangkan pada pembelajaran Bareq dan Kalemon di gerai kami. Kami sangat bangga dengan tahap penguasaan Bahasa Arab para pelajar di sekolah ini. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan guru-guru Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.

Kami tidak sabar untuk berkunjung ke Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi lagi dan bertemu para pelajar untuk sesi yang lebih menarik terutamanya proses pembelajaran Bahasa Arab.