Pameran Bahasa Arab di The Curve, Mutiara Damansara

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, Almotahida Education Group Malaysia telah mengadakan pameran bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan Bahasa Arab dalam pembelajaran anak-anak di Malaysia.

Terdapat banyak aktiviti yang telah kami lakukan bersama para ibu bapa serta anak-anak di pusat membeli belah The Curve, Mutiara Damansara antaranya ialah kuiz Bahasa Arab, “Guess whats inside the box”, sesi menonton video dan bermacam-macam lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak terutamanya yang masih di peringkat sekolah rendah sangat teruja dengan aktiviti menarik yang telah kami sediakan ini.

Pameran Bahasa Arab merupakan satu anjuran khusus yang telah disediakan oleh pihak Almotahida Education Group Malaysia kepada masyarakat umum di Malaysia dan kami berharap pameran-pameran seperti ini dapat diperbanyakkan dan disebar luaskan sehingga ke pelusuk tanah Malaysia daripada Semenanjung Malaysia sehinggalah Sabah dan Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *